Wanita rela mati demi ‘review’ produk ketum dapat pampasan hampir RM50 juta

Wanita rela mati demi ‘review’ produk ketum dapat pampasan hampir RM50 juta

Keluarga seorang wanita dari Florida, Amerika Syarikat menerima pampasan RM49.67 juta (11 juta Dollar) selepas menang kes saman terhadap pengeluar produk ketum yang mengakibatkan kematian wanita itu.

Memetik laporan New York Post, pada 20 Jun 2021, Krystal Talavera ditemui dalam keadaan tertiarap oleh suaminya di ruang tamu rumah mereka.

Wanita rela mati demi ‘review’ produk ketum dapat pampasan hampir RM50 juta

Bersebelahan mayat wanita itu turut kelihatan secawan kopi yang mengandungi produk makanan tambahan yang diperbuat daripada daun ketum.

Produk tersebut keluaran syarikat The Kratom Distro yang dilaporkan tidak mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA).

Menurut Pejabat Koroner Palm Beach County, Talavera meniggal dunia akibat mabuk akut ‘mitragynine’ yang disebabkan ketum.

Susulan itu, anak sulung mangsa, Devin Filippeli memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan dan pengedarnya, Grow LLC dengan dakwaan produk tersebut menyebabkan kegagalan penafasan ibunya.

Makanan tambahan yang diambil oleh wanita berusia 39 tahun itu didakwa menghasilkan kesan seperti opiod.

BACA JUGA:

‘Kerana mulut badan binasa’ Salman Khan perkuat kawalan keselamatan sejurus terima ancaman bunuh

Bekas pemain bola sepak Liga Super nafi pecah masuk rumah orang, miliki harta curi

Bayi baru lahir nyaris maut ditangan nenek – Ibu tak cukup susu, nenek memandai suap air kosong