Wartawan kantoi dakwa Israel diserang Hamas, tapi rakyat selamba kayuh basikal, ‘Drama queen betul..’

Wartawan Romania mengatakan mereka perlu meniarap untuk menyelamatkan diri kerana mendakwa Israel sedang diserang roket oleh pihak Hamas.

Bila sebut tentang situasi yang berlaku Palestin, boleh dikatakan masyarakat seluruh dunia peka dengan perkara yang berlaku.

Kekejaman tentera rejim Zionis mengakibatkan banyak bangunan yang musnah malah sehingga kini lebih 4,651 rakyat Palestin telah terkorban dan dijangka akan terus meningkat.

Wartawan kantoi dakwa Israel diserang Hamas, tapi rakyat selamba kayuh basikal, 'Drama queen betul..'

Meskipun sudah jelas tindakan tentera Israel yang tidak berperikemanusiaan, namun ada juga sesetengah pihak yang masih berpihak kepada mereka.

Wartawan Romania Dakwa Israel Diserang Bom Oleh Hamas, Tapi Sebaliknya Yang Berlaku

Baru-baru ini menerusi satu ciapan video yang dikongsi semula oleh pengguna X (Twitter @jllmisai), seorang wartawan dari Romania dilihat sedang membuat laporan media di Israel dalam keadaan meniarap di atas jalan raya.

Difahamkan, wartawan itu mendakwa pihak Hamas sedang giat menyerang Israel menggunakan roket dan mereka perlu kekal dalam posisi meniarap itu untuk tempoh waktu lebih lama kerana bimbang dengan situasi yang berlaku.

Tetapi jika anda menonton video berkenaan, tiada sebarang bunyi letupan roket kedengaran.

Lebih mengelirukan lagi, laporan langsung tentang situasi semasa yang dibuat oleh wartawan berkenaan seolah-olah tidak seiring dengan keadaan masyarakat setempat.

Ketika laporan tersebut dibuat, kelihatan beberapa orang awam di Israel sedang santai menunggang basikal dan ada yang dilihat berehat di bawah sebatang pokok dengan tenang di kawasan berhampiran.

Netizen Geleng Kepala Tengok Gelagat Wartawan Romania Di Israel Itu

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari netizen di Malaysia yang rata-ratanya terhibur dengan lakonan wartawan tersebut.

Malah, ada yang mengatakan tindakan wartawan tersebut seperti memalukan industri media kerana laporannya tidak selari dengan situasi di kawasan yang berlaku.

Ada yang turut menggelar wanita berkenaan sebagai ‘drama queen’ dan satu percubaan untuk memperbodohkan orang ramai.

Perkembangan Terkini Di Palestin

Dalam perkembangan terkini di Palestin, Israel telah mengebom kawasan di Semenanjung Gaza dengan pesawat pejuang pada awal pagi hari ini (23 Oktober).

Memetik sumber Berita Harian, serangan terbabit berlaku berhampiran tiga buah hospital iaitu Hospital Shifa, Hospital Al-Quds dan Hospital Indonesia.

Pada 14 Oktober lalu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan Israel mengarahkan mereka untuk mengosongkan Hospital Al-Quds.

PAKEJ INTERNET RUMAH MURAH & LAJU TM

BACA :

‘Rezeki owner, tak sedap pun beratus-ratus ribu terjual..’
Hidup aku musnah angkara ilmu kongkang, ‘Setiap kali aku mahu mula berniaga, tiba-tiba saja semangat untuk bekerja hilang’
‘Selepas 3 tahun, pembeli datang dgn penyata tunggakan IWK. Ribuan kena bayar. Sebelum tukar nama, pastikan takde hutang lapuk yang menyebabkan kita terpaksa tanggung’