Waw! Myvi king kini menjelajah Jepun , adakah Myvi akan jadi king di Jepun? ini jawapannya..
Perodua Myvi atau lebih dikenali sebagai King sangat terkenal dikalangan rakyat marhaen kerana harganya yang mampu milik di samping prestasi yang mantap.
Dari satu versi ke versi baharu, kereta model Myvi kekal mendominasi pasaran tempatan di mana menerima permintaan yang tinggi oleh golongan muda.
Selain di Malaysia, nampaknya kereta ini juga diminati di negara Jepun.
Perkara ini terbukti selepas beberapa keping foto Myvi diiklankan sebagai kereta terpakai atau recond di negara itu menjadi tular di media sosial.
Berikut ialah kos alat pendengaran baharu pada tahun 2023
“Macam kenal kereta ini. Tetapi kenapa kawasan disekitarnya kelihatan berbeza. Mungkin orang Malaysia bakal terkejut melihat foto-foto ini.
”Rupa-rupanya ini adalah Perodua Myvi 2018, memiliki perbatuan 14,000 kilometer. Hendak dijual pada harga 1.6 juta yen (RM 52,994),” katanya.
Dalam hantaran yang sama, Indera berkongsi beberapa gambar yang memaparkan ‘King’ yang diiklankan dengan latar belakang kawasan komuniti di Jepun.
Walaupun kebanyakkan pihak menganggap Perodua hanyalah jenama rebadge bagi jenama-jenama automobil di Jepun, realitinya kereta Myvi tampil lain dari yang lain.
Menerusi carian terkini, sebenarnya terdapat dua buah unit Myvi yang ditawarkan yang mana warna merah sedia dijual pada harga RM56,000 sementara warna kelabu pula sekitar RM53,000.
Untuk makluman, Myvi merupakan model kereta yang direka oleh air tangan bakat tempatan. Bahkan, untuk dijual di negara lain, Daihatsu dan Toyota membawa masuk Myvi sebagai model rebadge jenama masing-masing.
BACA JUGA :
”Betul ke Malaysia boleh capai negara stabil? Ini kata pakar ekonomi”
Kemenangan untuk semua kerusi yang akan ditandingi BN
Lelaki temui 700 syiling emas lama bernilai jutaan ringgit di ladang jagung