Melalui perkongsian klip durasi pendek ini yang dikongsikan oleh akaun TikTok brosu82, telah menjadi viral baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip tersebut, rakaman ‘dashcam’ dari sebuah lori diperlihatkan,
Di mana beberapa kenderaan berada di tepi jalan dan menghalang lori tersebut dari memasuki laluan menuju ke stesen minyak.
Pemandu lori ini kemudian mengeluarkan suara hon sebagai tanda ketidakpuasan, yang kemudian menarik perhatian netizen kerana tindakan tegasnya.
Video klip ini menjadi perbualan hangat di media sosial dan memperoleh pelbagai reaksi daripada netizen.
Netizen turut memberikan komen mengenai video klip ini, menyatakan sokongan terhadap tindakan pemandu lori yang dianggapnya betul.
@ehailing.fmLori nak isi minyak Bertimbang rasa lah sikit kat pengguna yang lain jangan suka2 letak kereta tu di laluan masuk. Bila kene marah muka ketet lah tu -RNR pedas linggi Sumber : brosu82
Beberapa individu turut menyatakan kepuasan kerana pemandu lori tersebut mengambil tindakan menegur pemandu lain yang berlaku tidak berhemah di atas jalan.
Netizen juga berpendapat bahawa cara ini merupakan pendekatan terbaik untuk berurusan dengan situasi sebegini.
Perkongsian video klip ini di TikTok mendapat sambutan yang sangat baik dengan lebih daripada 2.4 juta penonton, 122.9 ribu suka, dan 7932 komen.
Lihat klip durasi pendek tindakan pemandu lori ini:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@@@zainudinmappere : fuhh..terima kasih bang,puas hati dgr abg sound sbji mcm tu
@Imn: yg depan tu mesti dia cakap “selamat aku tak kena maki”
@amircidin: jdi lagi geram bila tgh hon dia boleh keluar keta buat tatau
@Fieezaza: Brother ni yang sound ak pulak yg puas hati
@ceritaKITA: org dh hon mcm nk roboh dia santai gitu je keluar keta
@judyandmary87: saya sangat berpuas hati dengan makian encik. boleh tidur dengan lena mlm ni
@Daniel: Terbaik boss . Cara elok nnti buat lgi . Sound terus depan2 bg clear
@NazrinMusleh: cekak pinggang santai2 tgk lori dtg mintak sound dlu baru masuk kete
BACA: Spy PDRM terkenal yang banteras gerakan Komunis dan kongsi gelap, ini kisah Blossom Wong