Wujud 3 lagi kesalahan sewaktu Pilihan Raya – SPRM

Wujud 3 lagi kesalahan sewaktu Pilihan Raya – SPRM

Sedia maklum, Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan bakal berlangsung pada 12 Ogos nanti.

Ketika ini di negeri yang terlibat sedang hangat dengan pelbagai kempen dan penamaan calon daripada parti politik masing-masing.

Wujud 3 lagi kesalahan sewaktu Pilihan Raya - SPRM

Mereka yang terlibat untuk mengundi pula sedang membuat persediaan merancang perjalanan masing-masing pulang ke kawasan mengundi.

Ada segelintir pihak yang mengambil inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma buat pengundi yang terlibat pulang ke tempat mengundi masing-masing.

Bagaimanapun, tindakan sedemikan merupakan satu kesalahan berikutan ia bakal mempengaruhi keputusan mereka yang mengundi, menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Justeru, Ketua SPRM Tan Sri Azam Baki berharap rakyat lebih peka serta berhati-hati dengan isu rasuah yang boleh terjadi dalam apa cara sekalipun.

“Kalau semua orang, ketua calon mahupun ahli parti sediakan bas, dalam bas itu apa jadi pula? Dalam bas pula, kita tidak tahu situasi. Banyak akan mempengaruhi calon,” ujarnya.

Jelasnya, perbuatan memberi barangan, sumbangan kepada masyarakat (pengundi) adalah salah mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Ia melarang calon bertanding menggunakan wang, pengaruh dan sebagainya untuk mendapat undi. Calon atau ejen adalah tidak dibenarkan berbuat demikian.

“Kalau pengundi dibayar maknanya tidak ada ketelusan dalam mengundi. Sedekah ke ‘ole-ole’ ke memang tidak boleh kerana ia berharga, boleh makan atau boleh digunakan. Apa jadi kalau semua orang kena beli? Kerana duit orang mengundi,” katanya.

Tegasnya, mengundi adalah hak serta tanggungjawab rakyat dan sepatutnya tidak boleh dipengaruhi oleh sesiapa.

BACA JUGA:

Nak jual emas ada caranya, Wanita ini dedah cara jual emas supaya tidak rugi!

Pelajar rela buat seks dengan guru daripada bersusah payah mendapatkan A dalam peperiksaan

Pasangan ditahan kerana kantoi jual bayi sendiri untuk beli iPhone, “Mana otak diaorang”