Zara Zya terima gangguan seksual, tampil buat laporan polis

Zara Zya terima gangguan seksual, tampil buat laporan polis

Pelakon Zara Zya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam pada Jumaat susulan menjadi mangsa gangguan seksual.

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, memberitahu dia sudah berdepan dengan gangguan itu sejak beberapa bulan lalu sebelum memutuskan untuk membuat laporan polis bagi melindungi dirinya.

Zara Zya terima gangguan seksual, tampil buat laporan polis

“Laporan polis dibuat ke atas individu yang telah melakukan gangguan seksual terhadap saya dengan secara lisan, hantaran gambar tidak sopan.

Zara turut membuat laporan polis terhadap individu yang menggunakan nama dan gambanya dalam penipuan scam pelaburan dalam talian di Facebook.

Zara berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Zara berkata, dia tampil membuat laporan selepas kejadian itu membuatkan dia berasa tidak selesa selain ia menganggu emosinya.

“Saya menerima panggilan bertubi-tubi setiap malam yang menganggu emosi.

“Ia juga menimbulkan ketakutan dan kebimbangan pada saya,” ujarnya.

Sementara itu, Zara mendedahkan dia turut membuat satu laporan polis lain terhadap individu berbeza berhubung dakwaan menyalahgunakan namanya untuk tujuan penipuan.

“Saya telah mengambil tindakan undang-undang dengan mebuat laporan polis ke atas individu yang terlibat menggunakan nama dan gambar saya dalam penipuan scam pelaburan dalam talian di Facebook,” jelasnya.

BACA JUGA:

PN berjaya bentuk kerajaan negeri di Kedah, BN akur dengan kekalahan

Anwar tak setuju kajian hanya 1 dari 4 orang Melayu puas hati…

Demi kejar keuntungan tuan rumah ubah suai dapur jadi bilik sewa “Best ni, malam-malam malas nak pergi toilet,kencing je dekat sinki” – Netizen